Thursday, June 25, 2009

Harga sebuah kasih sayang & pengorbanan


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos
upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan
Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar'pada
mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak
mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang
sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara
terdekatmu."

3 comments:

  1. Dari Aisyah r.a. katanya, "Seorang wanita datang kepadaku membawa 2 org anaknya, meminta makanan. Tetapi tidak ada yang didapatinya padaku ketika itu, selain hanya sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya.

    Kurma itu dibaginya 2, diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia senditi tidak memakan. Kemudian ia berdiri dan terus pergi.

    Setelah itu datang Nabi s.a.w, aku ceritakan hal itu kepada beliau.

    Sabda beliau, "Barangsiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka."
    -Sahih Bukhari-

    ReplyDelete