Thursday, June 25, 2009

Harga sebuah kasih sayang & pengorbanan


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos
upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan
Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar'pada
mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak
mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang
sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara
terdekatmu."

Wednesday, June 24, 2009

KALAU TAK SUKA PULANGKAN..





Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.


'Horey! Papa balik!'


Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.


'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya.


Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.


'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong.


Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya.


Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.


'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila
isterinya terpacul di belakang pintu.


'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa
minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut.


'Fail saya kat depan tu mana?'


' Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.'


'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susahtau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. 'Laila' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


------------------------------------------------------------------------




'Saya nak ke out station minggu depan.'


'Lama?' Soal Laila .


'Dalam seminggu.'


'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?'


'Budak-budak? '

'Ikut jugalah.'


'Dah! Takde! Takde! Susahnanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu&'


'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu . Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' BolehlahPa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek
mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!'

'Manalah saya ada masa..'


'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan
balik!'


Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.'


------------------------------------------------------------------------


'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?'

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

'Awak masak apa?'

' Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.


'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!'

'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan.

'Keluar!'


'Mama dah masak Pa!'

'Awak saja makan!'

' Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!'


Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan.


'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah
ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.


'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah.
.'


'Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?'

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


'Laila..' serunya

'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

'Sunyi pulak rumah ni mak,'

'Lama-lama kau biasalah.'

Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.



------------------------------------------------------------------------


'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

'Beli apa pulak? Barang permainan kanbersepah dalam bilik belakang tu.'

'Tak ada lah?'

'Ingat papa ni cop duit?'

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.


'Awak tak sihat ke?'

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

'Tengok! Adasaja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!'

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.


'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.' Ujar Laila perlahan

'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Adasaja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.



------------------------------------------------------------------------


'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.'


Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengantenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.


'Celaka betul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.


'Abang!'


'Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar.


Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

' Pak Ngah , Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.


'Laila'



------------------------------------------------------------------------


'Papa nak ke mana hensem-hensem gini?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. ' Wan gi-wangi lagi. Dating ye?'

'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


'Ikut boleh?'

'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.


'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.'


'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sanasini, panjat itu ini. '

'Papa pesanlah..'

'Nantilah besar sikit.' Dalihnya.

'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.'

'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,'

Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.'

'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' ' Mama tanya sikit boleh?'
Dia mengangguk


'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan
anak-anak?'

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.


'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai ,tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.


Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.


'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ' Laila merenungnya dalam..


Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh.
Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..


'Kalau tak suka pulangkan,'


Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun
bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah
kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..


Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu cerita yang tidak diketahui siapa pengarangnya dan jika empunya diri sila la infom pada saya

DOA..


ikuti artikel DR. ASRI ZAINUL ABIDIN..sebagai panduan dlm kehidupan seharian kita..



Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.




Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.






Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.




Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”




Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.




Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.




Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.




Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:


Maksudnya:


Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.


(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)




Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.




Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"




Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:




Maksudnya:


"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."


Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)




Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;




Pertama: Dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.




Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.




Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.




Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.


Sabda Nabi s.a.w.


Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"


(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)






Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.




Sabda Nabi s.a.w.:


Maksudnya:


"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"


(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)




Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.



DIPETIK DARI;http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=42

Sunday, June 21, 2009

Janji jumpa di syurga..insyaAllah


Dijodohkan Di Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahuludi kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun danrajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu haripemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemudengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, diapun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga sigadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Sipemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadistersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan bebancinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seoranghambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatanhatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya,betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetapuntukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung kerumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahudatang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkatakepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satupun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besarbila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yangapi dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yangdisampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya akubelum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada AllahSWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkangelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalahmunafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusanduniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitandengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itutekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus olehbeban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dankerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhirhayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah kemakamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnyadalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya,“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisahdenganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemudaitu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkauselalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dandemi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telahmemohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati,sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadiskekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, iameninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nyakepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

wallahua'lam

Friday, June 19, 2009

Book that i want to buy next salary


566 Kata Kata Hikmah- Jadilah Orang Yang Paling Bahagia
RM10.00
ISBN: 983-099-620-4
Kategori: Motivasi
Muka Surat: 160
Keterangan buku:
PENGARANG : DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI
PENTERJEMAH : MUHAMMAD HUZAIFAH
Setiap sesuatu yang terjadi pada kita pasti diharapkan akan berakhir dengan kebahagiaan, tidak terkecuali akhir cerita panggung sandiwara kehidupan kita di dunia.
Dalam kehidupan dunia anda dituntut agar tidak sampai terjebak dalam derita bcrpanjangan, sementara cara dan langkah any ditempuh adalah cara yang sesuai dengan syariat Islam. Pada akhirnya, anda akan bcrjalan di atas kebenaran menuju kebahagiaan kekal di akhirat.
Anda boleh menganggap buku ini sebagai anugerah talon orang bahagia dunia akhirat. Satu hal yang harus anda ketahui adalah makna anugerah ini akan lenyap, manakala anda tidak lagi menjadikan rangkaian syari'at Allah Subhanahn wa Ta'ala sebagai pegangan hidup anda.

Thursday, June 18, 2009

Nawaitu...


Assalamu'alaikum,


Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

(Muttafaq 'alaih)

copy from